PUSINGAN TIGA PENJURU

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, pemandu dapat:
- Menukar arah kereta dengan selamat
- Menjangka hazard supaya olah gerak kereta dapat dilakukan dengan selamat
- Menghargai keselamatan diri, penumpang dan pengguna jalan raya
Tujuan
- Memastikan calon dapat melakukan pergerakan berpusing balik di jalan dua hala.
- Mengamalkan rutin CITO. Menggerakan kenderaan ke hadapan dengan menggunakan pilihan gear yang betul dengan perlahan-lahan daripada petak dan terus ke hadapan, berhenti seketika.
- Mengamalkan rutin CITO. Menekan cekam dan masukkan ke gear undur (P) bagi mengerakkan kenderaan ke belakang kanan dengan perlahan lahari sambil mengimbangi cekam dan minyak, berhenti seketika
- Mengamalkan rutin CITO. Menekan cekam dan masukkan ke gear satu (1) bagi menggerakkan kenderaan ke hadapan kiri dengan perlahan-lahan sambil mengimbangi cekam dan minyak keluar daripada petak. Ketiga tiga tindakan harus disempurnakan dalam masa 3 minit. (Dalam ujian sahaja)