Bagi memastikan pemandu tahu memilih kedudukan yang betul dan selamat, serta dapat diri mengikut kelajuan yang betul keperluan menukar gear daripada D ke gear 3, 2 dan 1. Amalkan peraturan dua belas (12) saat untuk pandang ke hadapan
- Pastikan stereng dikawal pada posisi yang betul iaitu di zon selamat
- Gunakan gear yang sesuai mengikut keperluan kuasa enjin. Gunakan rutin pertukaran gear
- Pastikan kenderaan bergerak lurus sebelum menukar gear
- Pastikan semasa pertukaran gear tangan kanan dapat mengawal stereng dengan sempurna.
- Gunakan tangan kiri untuk menukar gear
- Gunakan kaki kanan untuk menekan pedal brek sepenuhnya dan jangan lepaskan
- Picit butang pengunci pada tombol gear
- Lepaskan brek tangan
- Pastikan kedua-dua tangan pada stereng
- Lepaskan pedal brek perlahan-lahan
- Tekan pedal pemecut bagi mendapatkan kelajuan yang dikehendaki
- Gunakan rutin CITO sepanjang pemanduan.
Latihan pertukaran ke gear 3
- Pastikan kelajuan tidak melebihi 40 km/j
- Pastikan tekanan pada pemecut konsisten. Gerakkan tombol gear ke posisi 3 tanpa mengurangkan tekanan pada pemecut.
- Anda akan merasai brek enjin berfungsi dan kuasa kenderaan bertambah
Latihan pertukaran ke gear 2
- Kurangkan kelajuan tidak melebihi 20 km/j.
- Picit butang pengunci pada tombol gear
- Pastikan tekanan pada pemecut konsisten. Gerakkan tombol gear ke posisi 2 tanpa mengurangkan tekanan pada permecut
- Anda akan merasai brek enjin berfungsi dan kuasa enjin bertambah
Latihan pertukaran ke gear 1
- Kurangkan kelajuan tidak melebihi 10 km/j
- Picit butang pengunci pada tombol gear.
- Pastikan tekanan pada pemecut konsisten. Gerakkan tombol gear ke posisi 1 tanpa mengurangkan tekanan pada pemecut
- Anda akan merasai brek enjin berfungsi dan kuasa enjin bertambah.
- Gunakan rutin CITO sepanjang pemanduan.
Zon Selamat