1. Tayar mempunyai peranan yang penting dalam menentukan keselamatan kenderaan dan penumpang
2. Tayar bertindak sebagai kusyen bagi membantu sistem suspensi menyerap gegaran agar tidak sampai ke badan kenderaan.
3. Tayar perlu diimbangkan (balancing) bagi membolehkan roda bergolek tanpa gegaran pada kelajuan yang berubah-ubah
4. Tayar perlu dijajarkan (alignment) bagi memastikan kehausan bunga tayar adalah sekata.
5. Tayar perlu diperiksa setiap kali sebelum memulakan perjalanan terutamanya untuk perjalanan jauh
6. Tekanan angin tayar :
Memeriksa tekanan angin tayar dengan menggunakan tolok pengukur tekanan angin pada bacaan antara 26 psi ke 32 psi (Ib/in3) atau 180 kpa ke 220 kpa (kg/cm3). Kebiasaannya pengeluar kenderaan ada meletakkan jadual spesifkasi tayar yang patut digunakan dan tekanan angin bahagian tepi pintu pemandu
Sekiranya tekanan angin kurang akan menyebabkan tayar haus di bahagian tepi kiri dan kanan tayar
Sekiranya tekanan angin berlebihan akan menyebabkan tayar haus dibahagian tengah.
7. Memastikan tayar tidak merekah, menggelembung atau terkoyak. la menunjukkan kedalaman bunga tayar 1/16 inci yang dibenarkan. Tukar tayar sekiranya ia telah haus hingga ke paras ini.
Jadual spesifikasi tayar dan tekanan angin
Tayar dan Rim
Bunga Tayar Yang Elok
Bunga Tayar Yang Haus