MENGHIDUP ENJIN & MEMATIKAN ENJIN

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
Menghidupkan Enjin Motosikal
Pastikan injap aliran minyak (fuel cock) dibuka sepenuhnya
Gunakan kaki dan tangan untuk memastikan brek depan dan belakang berfungsi sepenuhnya
Gear perlu berada pada keadaan bebas dan juga boleh merujuk kepada isyarat lampu neutral
Pulas kunci penalaan motoskal ikut arah jam.
Gunakan choke sekiranya Hidupkan enjin dengan cuaca sejuk atau lama tidak dihidupkarn
Hidupkan enjin dengan menggunakan tendang kaki
Bagi sesetengah model motosikal, hidupkan enjin menggunakan penghidup tangan
Pulas pendikit minyak dan dengar bunyi enjin
Periksa semua penunjuk dan meter pada panel instrumen
NILAI KESELAMATAN JALAN RAYA
Enjin sukar dihidupkan sekiranya gear tidak dalam keadaan bebas dan pendikit minyak dipulas terlalu banyak
Mematikan Enjin
Cengkam tuil klac (model motosikal tertentu) dan tekan pedal gear untuh memastikan gear telah bebas (neutral)
Matikan enjin dengan memulas kunci penalaan ke tanda OFF
NILAI KESELAMATAN JALAN RAYA
Gear perlu dilaraskan pada kedudukan bebas ketika enjin dimatikan untuk memelihara enjin agar tidak rosak