Menggerakkan kenderaan ke belakang ke atas tanjakan (ramp)

Menggerakkan kenderaan ke belakang ke atas tanjakan (ramp) dan memberhentikan kenderaan diatas tanjakan (ramp) dan bergerak ke hadapan melepasi tanjakan
Mendekati
1. Tekan butang pengunci dan tukarkan kepada gear R (reverse) dan tekan pedal pemecut secara perlahan-lahan untuk mengundur masuk ke tanjakan.
2. Hampiri tanjakan secara perlahan-lahan, pastikan kedua-dua tayar belakang sampai ke hujung tanjakan secara serentak.
3.
Ketinggian tanjakan akan memberhentikan kenderaan, pijak pedal brek bagi memberhentikan kenderaan sepenuhnya.
.
Mendaki tanjakan
1. Apabila merasai tayar belakang telah mencecah tanjakan, tambah tekanan pada pedal pemecut untuk medapatkan kuasa untuk mendekati.
2. Apabila tayar belakang telah berada di atas tanjakan, lepaskan pedal pemecut dan tekan padal brek sepenuhnya sebelum kenderaan sampai ke tiang penanda.
3. Tarik brek tangan, angkat tangan tanda aktiviti telah siap di laksanakan
4.Tekan butang pengunci dan tukarkan kepada gear D (drive) dan tekan pedal pemecut secara perlahan-lahan untuk bergerak ke hadapan keluar daripada tanjakan.