Menggerakkan kenderaan ke hadapan ke atas tanjakan (ramp)

Mendekati
1. Hampiri tanjakan secara perlahan-lahan, pastikan kedua-dua tayar sampai ke hujung tanjakan secara serentak.
2. Ketinggian tanjakan akan memberhentikan kenderaan, pijak pedal brek bagi memberhentikan kenderaan sepenuhnya.
Mendaki Tanjakan
1. Anggarkan jarak di antara kereta dan tiang penanda
2. Lepaskan pedak brek dan pijak pedal pemecut perlahan-lahan sehingga cukup kuasa untuk mendaki tanjakan
3. Apabila merasai tayar hadapan telah berada di atas tanjakan, lepaskan pedal pemecut.
4. Tekan brek sepenuhnya sebelum kenderaan sampai ke tiang penanda.
5. Tekan butang pengunci dan tukarkan kepada gear R (reverse) dan tekan pedal pemecut secara perlahan-lahan untuk mengundur keluar daripada tanjakan.
6. Tekan pedal pemecut secara perlahan-lahan mengundur keluar daripada tanjakan tekan pedal pemecut secara perlahan-lahan untuk mengundur keluar daripada tanjakan tekan pedal pemecut secara perlahan-lahan untuk mengundur keluara daripada tanjakan.
Menggerakkan kenderaan ke hadapan di atas tanjakan, memberhentikan kenderaan di atas tanjakan (ramp) bergerak kehadapan melepasi tanjakan
Mendekati
1. Hampiri tanjakan secara perlahan-lahan, pastikan kedua-dua tayar sampai ke hujung tanjakan secara serentak
2. Pijak pedal pemecut perlahan-lahan sehingga cukup kuasa untuk mendaki tanjakan
3. Apabila merasai tayar belakang telah berada di atas tanjakan lepaskan pemecut.
4. Tekan brek sepenuhnya, tarik brek tangan dan tukar kepada gear N (neutral) bila kenderaan telah sepenuhnya berada di atas tanjakan
.
5. Pastikan sentiasa pijak pedal brek apabila berada dalam keadaan berhenti di atas tanjakan. Tarik brek tangan, angkat tangan tanda aktiviti telah siap dilaksanakan
.
6. Tukar kepada gear D (drive), lepaskan pedal brek dan brek tangan dan tekan pedal pemecut secara perlahan-lahan untuk kehadapan keluar daripada tanjakan