Tujuan:
- Memastikan pemandu dapat berhenti dengan selamat di kawasan tidak rata atau berbukit.
- Mengagak kecuraman bukit bagi memastikan penggunaan pilihan gear yang betul
- Gerakkan kenderaan ke hadapan dengan menggunakan gear
- Kawal kelajuan kenderaan supaya dapat memberhentikan kenderaan pada kecerunan bukit dalam masa 3 minit (dalam ujian sahaja)
- Berhenti sepenuhnya dengan memastikan roda hadapan berada di atas garisan kuning serta memastikan enjin kenderaan tidak mati
- Menarik brek tangan dan mengangkat tangan setelah berpuas hati (dalam ujian sahaja) kaki masih di posisi brek dan cekam
- Bersedia untuk menerima arahan untuk bergerak ke hadapan.