MEMBELOK DI PERSIMPANGAN

Tujuan
Memberi kefahaman kepada pemandu cara membelok di persimpangan dengan selamat dan lancar.
1. Mengamalkan rutin selamat CITO ketika menghampiri simpang
2. Melihat ke hadapan dan ke belakang bagi memastikan pengguna yang lain
​​​- Periksa cermin bagi memastikan kedudukan pemandu di belakang
- Berikan isyarat secukupnya
- Olah gerak yang betul
- Pastikan posisi yang betul. Memposisikan kenderaan lebih awal akan membantu pemandu lain mengetahui apa tindakan yang akan dibuat- Tentukan kelajuan yang sesuai
3. Lihat keadaan lalu lintas apabila sampai di tempat membelok. Buat keputusan sama ada untuk meneruskan perjalanan atau menunggu.
4. Patuhi arahan lampu isyarat jika ada
5. Membelok ke lorong yang betul dengan berhati-hati
- Jika membelok ke kiri pastikan jarak anggaran kerb 1 meter (3 kaki) daripada kerb atau bahu jalan
- Jika membelok ke kanan pastikan pada lorong yang betul dan tidak memasuki lorong pemandu lain
- Semasa berada di jalan sehala pastikan pada kedudukan yang paling hampir di tengah agar cepat untuk membelok.
- Pastikan kedudukan sebelum, semasa dan selepas pada kedudukan yang sama
6. Sekiranya kawasan telindung
- Berhentikan kenderaan dengan bamper hadapan melebihi sedikit garis dan berhenti agar pemandu daripada kanan dapat melihat kenderaan dan menjangka tindakan
- Keluar daripada simpang dengan berhati-hati untuk memeriksa keadaan lalu lintas di sebalik kawasan terlindung
- Jika keadaan selamat, belok dan teruskan perjalanan
7. Meneruskan perjalanan bagi menjauhi persimpangan tersebut