Memastikan setiap pemandu dapat mengendalikan kenderaan dengan baik daripada segi pengawalan stereng, dan kelajuan. Mengamalkan rutin selamat sebelum membelok.
- Bersedia untuk kenderaan yang datang dari arah hadapan.
- Tentukan arah serta ketajaman selekoh
- Pastikan pada posisi yang betul untuk mendapatkan sudut pandangan yang lebih luas. Untuk selekoh di sebelah kiri, posisikan kereta ke sebelah kiri. Untuk selekoh sebelah kanan, posisikan kereta berada di tengah jalan
- Kurangkan kelajuan sebelum memasuki selekoh (brek jika perlu)
- Pilih gear yang sesuai mengikut kelajuan (jika perlu)
- Kawal pedal pemecut dengan baik bagi memastikan kelajuan yang kekal (constant) semasa membelok
- Lihat ke arah yang dituju bagi memastikan stereng dapat dikawal pada posisi yang betul
- Kawal stereng dengan kemas menggunakan teknik tarik dan tolak (pull and push)
- Tambahkan kelajuan untuk meneruskan perjalanan