BERGERAK KE BELAKANG

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
Tujuan
Bagi membiasakan pemandu mengundur ke belakang dengan lancar, selesa Mengundur ke belakang agak sukar kerana ia mungkin menyebabkan kenderaan yang dipandu terkeluar daripada laluan.dan selamat.
- Gunakan kaki kiri untuk menekan pedal cekam sepenuhnya dan tahan
- Move the gear knob to the R (reverse) gear position. If it fails, press and release the graze pedal several times. Try to re-move the gear to the R (reverse) gear position
- Gerakkan tombol gear ke posisi gear R (undur). Sekiranya gagal, tekan dan lepaskan pedal cekam beberapa kali. Cuba gerakkan semula gear ke posisi gear R (undur)
- Gunakan kaki kanan untuk menekan pedal minyak.
- Secara perlahan-lahan angkat pedal cekam sehingga kedengaran pusingan enjin menjadi perlahan. Ini bermakna cekam telah menyentuh titik pergerakan
- Tahan pedal cekam pada posisi tersebut.
- Guna rutin CITO bagi memastikan keadaan betul-betul selamat sebelum bergerak.
- Jika selamat, lepaskan brek tangan
- Pada masa yang sama angkat sedikit lagi pedal cekam. Kenderaan akan mula bergerak ke belakang. Pastikan kawal cekam sepenuhnya. Undur dengan berhati hati.
- Bagi memberhentikan kenderaan, lepaskan pedal minyak sepenuhnya.
- Kawal brek dengan menekan pedal brek secara perlahan-lahan pada masa yang sama kawal pedal cekam
- Apabila kenderaan perlahan tekan pedal cekam sepenuhnya sambil tambahkan tekanan pada pedal brek sehingga berhenti.
- Setelah kenderaan berhenti sepenuhnya tarik brek tangan.
- Bebaskan gear