BERGERAK KE HADAPAN

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
Bergerak KeHadapan
Bagi membiasakan pemandu untuk imbangan pemecut supaya kenderaan bergerak ke hadapan dengan lancar, selesa dan selamat
- Gunakan kaki kiri untuk menekan pedal cekam sepenuhnya dan tahan.
- Gerakkan tombol gear ke posisi gear 1. Sekiranya gagal, tekan dan lepaskan pedal cekam beberapa kali. Cuba gerakkan semula gear ke posisi gear 1
- Gunakan kaki kanan untuk menekan pemecut sedikit.
- Secara perlahan-lahan angkat pedal cekam sehingga kedengaran pusingan enjin menjadi perlahan. Ini bermakna cekam telah menyentuh titik pergerakan.
- Tahan pedal cekam pada posisi tersebut
- Gunakan rutin CITO bagi memastikan keadaan betul betul selamat sebelum bergerak.
- Jika selamat, lepaskan brek tangan.
- Pada masa yang sama angkat sedikit lagi pedal cekam. Kenderaan akan mula bergerak ke depan. Tambahkan tekanan pada pemecut. Lepaskan pedal cekam
- Untuk memberhentikan kenderaan lepaskan pemecut sepenuhnya.
- Kawal brek dengan menekan pedal brek secara perlahan-lahan pada masa yang sama kawal pedal cekam
- Apabila kenderaan perlahan tekan pedal cekam sepenuhnya sambil tambahkan tekanan pada pedal brek sehingga berhenti
- Setelah kenderaan berhenti sepenuhnya tarik brek tangan.
- Bebaskan gear