RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK)

Refresh Jika Video Tidak Tersedia
Rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) adalah satu amalan atau rutin yang mesti diterapkan dalam diri setiap pemandu sebelum memulakan perjalanan. la bertujuan untuk
- Mengelakkan sebarang kerosakan semasa perjalanan
- Memastikan kenderaan dalam keadaan baik sepanjang perjalanan
- Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah
Rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) terbahagi kepada tiga iaitu

Pemeriksaan Luaran Kenderaan

Pemeriksaan Ruangan Enjin.

Pemeriksaan But Kenderaan

Gunakan panduan di bawah agar tiada komponen yang terlepas daripada pemeriksaan.
BAHAN API
Bahan api kenderaan iaitu petrol, diesel atau NGV
MINYAK
Minyak pelincir, brek, cekam, stereng dan gear
AIR
Air radiator, bateri dan pencuci cermin
KEROSAKAN
Kerosakan pada badan kenderaan, cermin dan lain-lain
ELEKTRIK
Bateri, motor penghidup, lampu dan wayar-wayar
GETAH
Tayar, hos, bilah pengelap cermin dan tali sawat